Rabu, 31 Desember 2014

Meniti Bimbingan Ulama Pewaris Nabi

Faedah Ilmiah dari muhadharah al-Ustadz Usamah Mahri

Banjarbaru, Kalimantan Selatan

Ahad, 6 Rabi'ul Awwal 1436H / 28 Disember 2014M

Meniti Bimbingan Ulama Pewaris Nabi

🔹Telah disemak dan dibenarkan untuk disebarkan oleh al-Ustadz Usamah Mahri🔹
⚠ 🇲🇾 Bahasa Malaysia

-----------------------------

✳ SESI PERTAMA: Keutamaan Ilmu & Para Ulama

▪Rasulullah berkata bahawa barangsiapa yang Allah inginkan kebaikkan terhadapnya, Allah akan berikan dia kefahaman dalam agama. Ulama mengatakan ini adalah umum bagi segala kebaikkan, samada di dunia mahupun di akhirat.
▪Rasulullah juga berkata bahawa siapa yang menempuh jalan dalam menuntut ilmu, Allah permudahkan jalan baginya menuju Jannah. Ianya termasuk perjalanan yang jauh mahupun yang dekat. Bahkan siapa yang duduk di rumahnya, membuka kitab atau mendengarkan rakaman audio bagi menuntut ilmu, ini juga termasuk dalam keutamaan ini.
▪Al-Imam Abdullah Ibnu Wahab berkata bahawa aku pernah duduk dalam majlis al-Imam Malik dan membahas ilmu. Sampai kemudian muadzin mengumandangkan adzan. Imam Malik melihat aku mengumpulkan kitab-kitab ku untuk segera ke masjid. Imam Malik tanya kepadaku, mahu ke mana kamu? Aku menjawab aku mahu segera ke masjid untuk solat. Maka Imam Malik berkata, wahai Ibnu Wahab, yang sekarang kamu berada padanya (majlis ilmu), tidaklah kurang darjatnya atau keutamaannya dibanding dengan yang ingin kamu datangi (segera ke masjid untuk solat qabliyah dan untuk mendapatkan saf pertama).
▪Al-Imam asy-Syafi'i pernah berkata, menuntut ilmu itu lebih afdhal dari solat nafilah (sunat). Ini menunjukkan keutamaan ilmu itu melebihi dari keutamaan ibadah-ibadah sunnah. Selama niatnya itu benar ikhlas kerana Allah.
▪Ilmu itu adalah rahmat bagi manusia, bahkan bagi binatang juga. Binatang akan beristighfar bagi orang-orang yang mengajarkan ilmu.
▪Rasulullah memisalkan orang yang berilmu itu seperti bulan di malam purnama yang terang benderang berbanding bintang-bintang yang banyak di langit.
▪Seperti contoh yang dikatakan Ibnu Qoyyim tentang keadaan orang yang membawa lampu picit di tengah hutan yang gelap, pasti orang-orang lain akan mengikutinya bagi menunjukkan arah. Begitulah keutamaan para ulama, mereka membawa cahaya ilmu yang akan dapat membimbing kita dari kegelapan.
▪Wajib bagi setiap muslim untuk mempersiapkan diri dan serius dalam mendapatkan ilmu yang telah ditinggalkan oleh Rasulullah melalui para ulama.
▪Maka menjadi suatu perkara yang penting bagi para penuntut ilmu untuk adanya keterikatan atau hubungan dengan para ulama untuk rujuk dan kembali kepada mereka. Kerana kita akan sentiasa berada dalam kebaikkan dan keamanan jika kita sentiasa bersama bimbingan mereka.
▪Ulama yang dimaksudkan pastilah ulama Ahlus Sunnah, ulama Rabbaniyyin dan ulama Salafusoleh yang mengembalikan umat ini kepada Al-Qur'an dan As-Sunnah. Serta tidak membelenggu umat dengan fanatik atau ta'asub kepada diri mereka.
▪Allah telah jadikan para ulama itu sebagai bentuk kenikmatan bagi manusia. Dan pula dengan kewafatan para ulama itu sebagai musibah dan bencana bagi umat.
▪Allah firmankan dalam surah Az-Zumar, ayat 9, apakah sama antara orang-orang yang berilmu dengan yang tidak berilmu. Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna. Maksudnya tidaklah sama antara orang-orang yang berilmu dalam syariat agama dengan orang yang sama sekali tidak tahu dalam agama.
▪Oleh itu, para ulama ini sepatutnya kita jadikan sebagai tempat rujukan dalam masalah fitnah, dakwah dan kehidupan. Begitu besar keperluan kita kepada mereka. Seperti al-Imam Ahmad katakan, manusia itu memerlukan ilmu lebih besar daripada perlunya mereka kepada makan dan minum. Kerana kalau makan dan minum dalam sehari dia hanya perlukan dua atau tiga kali sehari. Tetapi ilmu dia perlukan setiap kali dia bernafas. Dan ilmu itu tidak akan dapat dia peroleh melainkan dari merujuk kepada para ulama.
▪Dari itu Rasulullah sering memuji para ulama sebagai pewaris para nabi. Dan para nabi itu tidak mewariskan dinar dan dirham, tetapi mereka mewariskan ilmu.
▪Para ulama mengorbankan hidupnya dan usianya untuk menuntut ilmu dan menyampaikannya. Mereka ini lah yang digelar sebagai orang-orang yang kukuh kakinya di dalam ilmu.
▪Ibnu Mas'ud katakan, umat ini masih tetap baik kalau ilmu itu mereka ambil dari al-kabir (ulama senior yang terpercaya), tetapi apabila umat mengambil ilmu agamanya dari ash-shagir (yang muda), maka binasalah umat ketika itu.
▪Ibnu Qutaibah dalam menjelaskan perkataan Ibnu Mas'ud itu berkata, kerana orang yang tua (al-kabir dalam ilmu) itu, telah hilang darinya masa mudanya (iaini waktu muda yang penuh dengan ketajaman darah muda), yang sering emosional, tidak sabar, terburu-buru dalam mengambil keputusan, tidak matang dan lain-lainnya.
▪Ulama al-kabir itu memiliki sekian pengalaman yang luas. Mereka telah mengetahui pelbagai penipuan dan fitnah. Mereka tidak akan mudah jatuh ke dalam kesalahan yang sama. Mereka lebih santun dalam tutur kata. Lebih berhati-hati dan sabar dalam sikapnya.
▪Mereka tidak mudah terkalahkan dengan syubhat dan hawa nafsunya sendiri. Serta keinginan atau kepentingan peribadinya. Dan syaitan juga tidak mudah menggoyahkan mereka. Seperti pohon yang masih muda, mudah untuk mematahkannya dan mencabutnya dari akar kayu. Berbeza dengan pohon yang sudah matang atau tua, tidak mudah kita mematahkannya, kerana akarnya telah mantap.
▪Contoh, Ali Hasan al-Halabi, 20 tahun yang dulu di dalam kitab-kitabnya dia menuliskan Syaikh Rabi' sebagai al-alamah atau al-walid (orang tua kita). Namun sekarang dia mencela dan memusuhi Syaikh Rabi'. Siapa yang berubah dari manhajnya? Dulu dia mencela Ikhwanul Muslimin, Jamaah Tabligh & Ihya at-Turots. Namun sekarang dia memuji mereka sebagai saudara kita. Siapa yang berubah dari manhajnya?
▪Ibnu Mas'ud berkata, kesesatan yang paling sesat adalah apabila yang dulu kamu katakan ma'ruf kini kamu katakan mungkar. Kamu katakan mungkar yang dulu kamu katakan ma'ruf.
▪Ketika fitnah Yahya al-Hajuri berlaku hampir 7 tahun, tidak ada satu pun di antara mereka (7 orang) yang membicarakan tentangnya. Walhal tidak ada satu pun ulama yang selamat dari pena dan lisannya Hajuri ini. Yang membicarakannya hanya para ulama kibar yang memperingatkan umat tentang bahaya Hajuri ini. Namun ketika berlaku kisah surat pendamaian dengan Rafidhah-Houtsiyin, mereka tadi yang diam, mula berbicara membela tindakkan tersebut serta mula menentang para kibar ulama yang menyatakan surat pendamaian itu adalah bathil.
▪Begitu pula ketika fitnah Abul Hassan al-Ma'ribi. Mereka diam tidak berbicara. Hanya masyaikh kibar ulama yang berusaha memperingatkan umat tentang kesesatannya.
▪Muhammad al-Imam menyatakan perang afghanistan itu adalah makar dan konspirasi Yahudi dan Amerika yang memahukan pemuda Ahlus Sunnah ikut turun ke medan perang. Padahal fatwa jihad itu telah dikeluarkan oleh kibar ulama seperti Syaikh Ibn Baz, Syaikh al-Albani, dan Syaikh Rabi'. Sedangkan waktu itu Muhammad al-Imam masih sangat muda yang masih tidak mengerti. Dia seperti ingin mengatakan para kibar ulama itu tidak mengerti akan fitnah dan konspirasi. Dan mereka (kibar ulama) semuanya telah salah.

Bersambung insyaAllah, Sesi Kedua.

📚 WhatsApp طريق السلف 📚
••••••••••••
🌠📝 WhatsApp Miratsul Anbiya Indonesia

🔆📚🔆📚🔆📚🔆📚
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tidak ada komentar:

Posting Komentar