Doa Di Hari Arafah
1- عن عمرو بن شعيب عن أبيه عن جده أن النبي قال خير الدعاء دعاء يوم عرفة وخير ما قلت أنا والنبيون من قبلي لا إله إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد وهو على كل شيئ قدير.
رواه الترمذي وصححه الألباني 2837
Dari Amr bin Syuaib dari ayahnya dari atuknya bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, “Sebaik-baik doa adalah doa hari Arafah dan dan terbaik yang aku dan para nabi sebelumku ucapkan adalah
لا إله إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد وهو على كل شيئ قدير.
2- وعن عائشة قال رسول الله ما من يوم أكثر من أن يعتق الله عبدا من النار من يوم عرفة...
رواه مسلم 3354
Dari Aisyah bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, “Tiada hari yang paling banyak Allah bebaskan hambaNya dari neraka seperti hari Arafah.”
3- قال عطاء :
" إن استطعت أن تخلو بنفسك عشية عرفة فافعل "
الزهد للإمام أحمد ( ٢٢١١ )
Imam Atho berkata, “Jika engkau boleh menyendiri di hari Arafah, maka lakukanlah. (untuk banyak banyak berdoa dan berdzikir dan tidak tersibukkan dengan orang lain, beliau katakan ini kerana keutamaan hari Arafah dan waktunya yang tidak banyak, wallahu a'lam)
zuhud imam ahmad 2211
4- Ibnu Mubarok berkata, “Aku mendatangi imam Sufyan ats-Tsawri di siang Arafah dalam keadaan beliau duduk pada kedua lututnya dan beliau menangis, maka aku tanya beliau, “Siapakah orang yang paling jelek keadaannya sekarang?” Jawab beliau, “Orang yang menduga bahawa Allah tidak akan mengampuninya.” lathoif 310
5- Imam Thowus dan para muridnya disebutkan kalau memasuki waktu asar mereka menghadap kiblat berdoa dengan sungguh-sungguh dan mereka tidak bicara dengan siapapun.”
zuhud imam ahmad 377
فاجتهدوا يا إخوتاه
✍🏼 Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله
📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf
0 Response to "Doa Di Hari Arafah"
Posting Komentar