🌿🌹🌿🌹🌿🌹🌿🌹🌿
🔗 Silsilah Ikutilah Sunnah Tinggalkan Bid'ah
📚 Bab 6⃣:
Al-Mashalih Al-Mursalah Tidak Termasuk Bid'ah
☝Al-Mashalih al-Mursalah (kebaikkan yang dibiarkan) adalah mashlahat (kebaikkan) yang syariat tidak menyatakan (dengan tegas) penggunaan atau pelarangannya. Kebaikan itu sendiri menjadi sarana untuk mewujudkan suatu perkara yang disyariatkan,
seperti mengumpulkan Al-Qur'an pada masa Abu Bakar dan Utsman.
✅ Pengumpulan Al-Qur'an adalah salah satu sarana untuk menjaga Al-Qur'an dan agar tidak ada bahagian-bahagiannya yang hilang. Hal ini merupakan realisasi firman Allah:
📖 "Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Al-Qur'an, dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya." (Al-Hijr: 9)
👍❗TIDAK BOLEH DIKATAKAN:
Bahawasanya di antara perkara bid'ah ada yang hasan (baik), kerana masuk dalam lingkup al-Mashalih al-Mursalah. Dikeranakan pada al-Mashalih al-Mursalah terdapat unsur realisasi perkara yang telah disyariatkan. Hal ini berbeza dengan bid'ah yang padanya terdapat unsur tuduhan bahawa syariat belum sempurna, sebagaimana telah lalu penjelasannya.
📂 (Faedah dari Kitab al-Hatstsu 'alat-Tiba'is Sunnati wat-Tahdziru minal Bida'i wa Bayanu Khatharaha -Ikutilah Sunnah Tinggalkan Bid'ah-, karya asy Syaikh Abdul Muhsin Al-Abbad, diterbitkan Pustaka Qaba-il, diterjemahkan Ustadz Fathul Mujib)
Bersambung insyaAllah.
📚 WhatsApp طريق السلف 📚
0 Response to "Al-Mashalih Al-Mursalah Tidak Termasuk Bid'ah"
Posting Komentar