Faedah Ilmiah dari Daurah - Tashfiyah wa Tarbiyah li Syaikh al-Albani
Al-Ustadz Abu Hamzah Yusuf
Johor Bahru, Malaysia
Sabtu, 23 Syawwal 1436H / 8 Ogos 2015M
✳ SESI KETIGA:
▪Sebuah majalah berbahasa Arab pernah memuatkan tulisan-tulisan yang isinya membela dan mempertahankan pendapat-pendapat tentang minuman-minuman keras yang terbuat dari selain anggur. Tulisan dalam majalah tersebut membolehkan kaum muslimin meminum Khamr yang bukan berasal dari anggur, dengan syarat tidak sampai memabukkan.
▪Sangat disayangkan, demikian cara berfikirnya penulis tersebut. Yang lebih di sayangkan, apabila ada seorang ulama, menulis sebuah risalah yang membantah tulisan itu. Akan tetapi di dalam risalah tersebut terdapat sesuatu yang sangat aneh, kerana di satu sisi dia membela penulis tersebut, di sisi lain dia membenarkan sabda Rasulullah yang mengharamkan Khamr dan setiap yang memabukkan.
▪Mengapakah perkara sebegini boleh berlaku? Tidak lain, kerana terlalu berlebihan dalam mengutamakan pendapat imam atau ulama berbanding kalam Allah dan kalam Rasul. Sedangkan Rasulullah pernah bersabda:
📕"Apabila seorang hakim (imam) berijtihad (mengeluarkan pendapat) dan ijtihadnya benar, maka ia mendapat dua pahala. Dan apabila ijtihadnya salah, dia mendapat satu pahala." (HR Bukhari & Muslim)
▪Ini bukti bahawa mujtahid atau para imam itu tidak selalu benar, mereka juga terdedah kepada kesalahan. Namun kita masih berat untuk mengatakan pendapat seorang imam itu salah. Ini menyebabkan kita masih sukar untuk menyelesaikan masalah-masalah yang melanda kaum muslimin. Semuanya kerana terlalu berlebihan dalam memuliakan para imam melebihi dari apa yang telah Allah wajibkan kepada kita.
▪Memang benar kita meyakini dan menerima sabda Rasulullah:
📕"Bukan dari golongan kami orang yang tidak menghormati yang tua, tidak menyayangi yang muda dan tidak mengetahui hak seorang alim."
▪Namun, apakah kita ingin menyamakan hak seorang imam dengan hak seorang Nabi atau Rasul, sehingga tidak boleh mengatakan pendapat imam itu salah berbanding perkataan Nabi atau Rasul? Kita tidak sama sekali menghinakan imam tersebut, tetapi kita menyampaikan tentang kebenaran dan kesalahan berdasarkan bimbingan Al-Qur'an dan As-Sunnah.
▪Para ulama sering menasihati, kalau kita mencintai seorang imam atau ulama, katakanlah:
💎 "Kau adalah orang yang aku cintai, tetapi al-haq (kebenaran) itu lebih aku cintai."
▪Ianya bermaksud kita mencintai mereka kerana ilmu dan keutamaan yang mereka miliki, namun apabila mereka terjatuh ke dalam kesalahan, maka terpaksa kita tidak mengikuti mereka dalam hal tersebut.
▪Sebuah kaedah yang harus kita terapkan, walau bagaimana pun kita menghormati ulama, kita tidak boleh mendahulukan perkataan mereka daripada perkataan Allah dan Rasul.
▪Contoh lain, tentang undang-undang yang ada di dalam sesetengah negara terkait dengan masalah pernikahan. Masih saja ada yang menggunapakai undang-undang yang mengatakan, seorang gadis muslimah yang sudah baligh, boleh menikahkan dirinya sendiri, tanpa izin walinya. Sedangkan ianya bertentangan dengan apa yang telah Rasulullah sabdakan:
📕"Siapapun gadis yang menikah tanpa izin dari walinya, maka nikahnya bathil, nikahnya bathil, nikahnya bathil."
📕"Tidak ada (boleh) nikah kecuali adanya wali."
▪Hadits yang sahih ini tidak diamalkan, namun undang-undang yang bertentangan dengan hadits ini yang dijadikan ikutan.
▪Mungkin saja ada yang mengatakan, "Apakah kamu saja yang mengerti tentang hadits ini??". Maka saya (Syaikh al-Albani) katakan, "Hadits ini telah difahami dan diamalkan oleh seorang imam yang sangat menguasai bahasa Arab, iaini al-Imam asy-Syafi'i. Jadi bukan dari pendapat seseorang yang berasal dari Albania (merujuk kepada dirinya). Adapun orang Albania ini hanya menemukan sebuah hadits, di mana terdapat kesamaan pemahaman dengan pemahaman seorang imam yang masyhur dari bangsa Quraisy, iaitu Imam Syafi'i."
▪Mengapa pemahaman yang benar yang sejalan dengan hadits Nabi ini ditolak hanya kerana berbeza dengan pendapat salah seorang imam kaum muslimin?? Ijtihadnya para ulama itu kita hormati, ada di atas kepala-kepala kita, namun ijtihad itu akan mempunyai nilai ketika tidak bertentangan dengan nash/dalil yang ma'sum dari Al-Qur'an dan As-Sunnah.
* Telah dimuroja'ah oleh ustadz.
Bersambung SESI KEEMPAT, insyaAllah.
📚 WhatsApp طريق السلف 📚
0 Response to "Faedah Ilmiah dari Daurah Tashfiyah wa Tarbiyah li Syaikh al Albani 3"
Posting Komentar