Faedah Ilmiah dari Daurah - Tashfiyah wa Tarbiyah li Syaikh al-Albani
Al-Ustadz Abu Hamzah Yusuf
Johor Bahru, Malaysia
Jumaat, 22 Syawwal 1436H / 7 Ogos 2015M
✳ SESI PERTAMA:
▪Kitab Tashfiyah wa Tarbiyah wa Hajatul Muslimin Ilaihima (Pelurusan & Pendidikan Serta Keperluan Kaum Muslimin Terhadapnya), karya Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani ini intinya adalah mengajak umat kembali kepada Islam yang sebenar dengan pemahaman Salafusoleh.
▪Syaikh juga mengingatkan tentang at-Tashfiyah yang bermaksud meluruskan segala jenis kefahaman. Dan juga at-Tarbiyah yang bermaksud mendidik dengan ilmu yang sahih berdasarkan Al-Qur'an dan As-Sunnah.
▪Kita sekarang berada pada satu zaman di mana kaum Muslimin ditimpa kehinaan yang luar biasa dan diperhambakan oleh orang-orang kafir, yang mana tidak selayaknya hal itu terjadi kepada seorang Muslim (yang beriman kepada Allah dan RasulNya).
▪Umar al-Khattab pernah berkata, "Kita ini adalah kaum yang telah Allah muliakan dengan Islam. Barangsiapa yang mencari kemuliaan tidak melalui Islam, maka ia akan binasa/terhina."
▪Di sini bermakna setiap orang Muslim itu mereka senantiasa dalam keadaan mulia, melainkan mereka tidak mengikuti caranya Islam.
▪Apakah sebabnya berlaku ini semua?? Ianya adalah kerana kesalahan kaum Muslimin itu sendiri. Lalu bagaimana jalan penyelesaiannya? Ianya harus diselesaikan dengan mengembalikannya kepada bimbingan Al-Qur'an dan As-Sunnah.
📕Rasulullah bersabda, "Sesungguhnya kalian akan hidup setelahku, kalian akan mendapati perselisihan yang banyak. Maka pegang teguhlah kepada Sunnahku dan Sunnah Khulafah ar-Rasyidin..." (HR Tirmidzi)
💎 Al-Imam al-Auza'i berkata, "Hendaklah kalian tetap berpegang teguh di atas atsar/hadits/prinsip Salaf, walaupun semua manusia menolakmu. Hati-hati dari pendapat-pendapat manusia (yang menyelesihi) walaupun dihiasi dengan kata-kata yang indah."
▪Masalah yang terjadi sekarang, pernah di sebut oleh Rasulullah akan sebab-sebabnya dalam beberapa hadits dan juga disebutkan cara mengatasinya. Antara haditsnya adalah:
📕Rasulullah bersabda, "Apabila kalian berjual beli dengan cara 'inah, senang dalam memegang ekor-ekor sapi (terlena oleh ternakan kalian), dan bangga dengan perkebunan kalian, serta meninggalkan jihad (menjalankan syariat), maka Allah akan menimpakan KEHINAAN kepada kalian. Dan Allah tidak akan mencabut kehinaan itu sebelum kalian kembali kepada agama kalian." (Ash Shahihah)
▪Pada hadits ini kita dapati penyakit yang telah melanda di kalangan kaum Muslimin. Rasulullah menyebutkan dua penyakit:
🔵 PERTAMA: Melakukan Perbuatan Yang Haram Dengan Mencari Alasan/Helah Sehingga Terlihat Halal
▪Hal ini tersirat dalam sabda baginda, "Apabila kalian berjual beli dengan cara 'inah". 'Inah adalah sebuah model transaksi di mana seseorang membeli sebuah barang dengan cara ansuran dalam jangka waktu tertentu, kemudian si pembeli menjual kembali barang tersebut secara tunai kepada si penjual dengan harga yang lebih rendah dari harga asal dia beli.
▪Contoh, si A menjual kereta berharga 10,000Lira (Lira adalah nama mata wang), kepada si B dengan pembayaran secara ansuran. Kemudian si B menjualnya kembali kepada si A dengan harga 8,000Lira secara tunai. Ini bermakna si A telah mendapat tambahan 2,000Lira. Dalam kes ini yang sebenarnya diinginkan oleh si B adalah untuk meminjam wang dari si A sebanyak 8,000Lira. Dan si A menginginkan keuntungan dari pinjaman itu dengan 2,000Lira. Dan tambahan 2,000Lira ini sebenarnya adalah riba. Namun mereka mencari helah dengan menyebutnya sebagai jual beli.
▪Namun sangat disayangkan masih saja ada dari sebahagian orang yang dikatakan sebagai "berilmu" menghalalkan cara ini dengan dalih bahawa ini masih dalam lingkup jual beli berdasarkan keumuman dalil dari Surah Al-Baqarah, ayat 257, "Dan Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba."
▪Ada dua hal yang perlu kita ketahui ada pada diri Rasulullah, iaini:
1⃣ Baginda adalah yang paling berhak menerangkan isi Al-Qur'an sebagaimana terdapat dalam Surah An-Nahl, ayat 44. Oleh kerana itu, kita tidak boleh mengatakan sesuatu selain apa yang telah datang penjelasan dari Rasulullah.
📖 "Dan Kami telah turunkan kepadamu Al-Qur'an, lalu engkaulah yang akan menerangkan kepada manusia apa-apa yang telah diturunkan kepada mereka." (An-Nahl: 44)
2⃣ Baginda sangat sayang dan prihatin kepada umatnya sebagaimana terdapat dalam Surah At-Taubah, ayat 128. Maka di antara tanda-tanda kasih sayang baginda kepada kita adalah dengan memperingatkan kita tentang adanya tempat-tempat persembunyian syaitan, yang dari sanalah syaitan melakukan tipu daya untuk menyesatkan manusia.
📖 "Dia sangat santun dan sayang kepada orang-orang mukmin." (At-Taubah: 128)
▪Antara perangkap syaitan itu adalah apa yang kita sebutkan ini, iaini apabila kalian berjual beli dengan cara 'inah. Maksudnya apabila kalian menghalalkan apa yang telah diharamkan Allah dan RasulNya dengan berhelah bahawa hal itu masih dalam lingkup jual beli.
▪Oleh kerana itu, Rasulullah memperingatkan kita dalam hadits ini agar kita jangan sampai menghalalkan apa yang telah Allah haramkan dengan cara mencari-cari alasan.
▪Perbuatan seperti ini lebih buruk nilainya dibandingkan dengan perbuatan haram yang dilakukan seorang Muslim sementara dia tetap menyedari bahawa perbuatan tersebut haram hukumnya.
* Telah dimuroja'ah oleh ustadz.
Bersambung SESI KEDUA, insyaAllah.
📚 WhatsApp طريق السلف 📚
➖➖➖➖➖➖➖➖
📚 Ahlussunnah Ngawi 📝
〰〰〰〰〰〰〰〰
0 Response to "Faedah Ilmiah dari Daurah - Tashfiyah wa Tarbiyah li Syaikh al Albani"
Posting Komentar